Thursday, February 6, 2014

Trip to Cambodia

            Akhirnya barulah ada masa nak update pasal cuti2 kat Cambodia hari tu..Actually percutian kitorang ni include sekali ke Vietnam, 13/12/13 - 17/12/13...tapi dalam entry ni kita citer2 dulu pengalaman jalan2 kat Cambodia ...kat Cambodia ni kitorang just pergi ke Phnom Phen..memang sengaja tak gi Siem Reap. Sebab cuti kali ni bukanlah makan angin semata-mata..tapi membawa hajat yang besar..ceewahhh..hehehe..
            Sepanjang kitorang ke Phenom Phen, xda banyak tempat yang kitorang sempat lawat..shopping pn x banyak gak..Sebab hajat utama ke Phenom Phen ni nak gi ke perkampungan muslim, kawasan luar bandar. Melawat anak2 yatim yang berada di Sekolah agama separa asrama dan melawat orang2 kampung yang susah (actually rata2 pn blh dikatakan susah). Sepanjang berada di perkampungan muslim ni, mengajar kami betul2 erti bersyukur. Sangat jauh beza dengan kehidupan kita di Malaysia. Hidup mereka serba kekurangan kalau nak dibandingkan dgn kita. Tapi kerana semangat dan ketabahan mereka, walau hidup serba kekurangan, tapi mereka masih mengutamakan pendidikan.
           13/12/13, flight kitorang ke Cambodia menggunakan AirAsia jam 7 pagi. Sesampainya kat Cambodia, kitorang terus je naik bas yang disewa khas yang memuatkan 40 orang. Di sebabkan kekangan masa, so bila sampai je kat Phnom Phen, kitorang terus dibawa ke salah satu destinasi popular di Phnom Phen iaitu Killing Field  @ Choeung Ek Genocidal Centre. Tempat pembunuhan beramai-ramai mangsa kekejaman Regim Pol Pot.



 Tengkorak-tengkorak sebahagian daripada mangsa kekejaman Pol Pot yang dijumpai disimpan di dalam menara ini.

 Sebahagian Mangsa kanak-kanak dan wanita dalam keadaan bogel ditanam di dalam lubang ini.

Pokok di mana mangsa diikat utk dibunuh.


           Dari Killing Field kami dibawa ke Penjara Tuol Sleng. Asalnya penjara ini merupakan sebuah sekolah. Kemudian dirampas oleh kerajaan Pol Pot untuk dijadikan penjara yang menempatkan mangsa-mangsa yang terdiri daripada orang-orang berpendidikan tinggi. Mangsa-mangsa ini akn diseksa sekejam-kejamnya sebelum di hantar ke Killing field untuk dibunuh.

Salah sebuah bangunan sekolah yang dijadikan peenjara untuk menempatkan mangsa-mangsa rejim Pol Pot yg terdikiri drp cendiakawan.

 Mangsa diikat dan diseksa di atas katil ini.
 Kubur antara 7 mangsa terakhir yg dibunuh olh rejim Pol Pot semasa hari Kerajaan Pol Pot dijatuhkan.
 Antara bilik darjah yang dijadikan sel2 kecil untuk menempatkan mangsa tahanan.
 Antara senjata yg digunakan untuk menyeksa mangsa tahanan.
Antara 7 mangsa terakhir yg sempat diselamatkan semasa hari penumpasan Pol Pot.
            Tak tahulah nk gambarkan mcm mana..tapi dari apa yg kami nampak, memang sangat2 menyeksakan hidup di zaman Pol Pot ni..Dari Penjara Tuol Sleng, barulah kami dibawa utk isi perut (lunch). Lunch secara buffet kat Cafe Malaya..makanan bg saya yg x berapa nk memilih ni memang ok..sama je masakan kat cafe ni ngan masakan kita kat Malaysia. Memang blh layan lah :)


 ni lah lunch saya...ada banyak lagi menu yg terhidang..gulai kawah pn ada..
            Bila perut dah kenyang..so apa lg, kitya teruskanlah perjalanan...tempat seterusnya, Check in hotel. Hari pertama kitorang stay kat Pacific Hotel. Pas Check in, kitorang ambk peluang rehat2 kejap, mandi dan solat jamak. Dalam jam 4.30 kitorang meneruskan perjalanan ke Central Market. Kat sini macam-macam ada..dari barang2 dapur, kasut, handbag, baju siap dan kain pasang semua ada. Batu permata pun ada. 
            Bagi pandangan saya, lebih kurang pasar malam kita gak. Tapi ada gak baju yang nampak berkualiti. Dari segi harga pulak xde la murah sangat. Lebih kurang pasar malam kat Malaysia gak. Yang agak menarik kat sini kain songket Kemboja dan batu permata. Yang tu memang dapat murah kat sini asal pandai tawar-menawar. Peniaga-peniaga kat kemboja ni ramah-tamah. Mereka x marah kalau kita cuma nak usha2 jek :) masa kami kat Central Market ni x panjang..dalam 35 minit jek..nak kejar masa lah katakan..nak gi kat Cruise, nak tengok sunset sambil dinner. Oooo before lupa..kat Kemboja ni rata2 jual beli guna dalam matawang USD$ ...Peniaga ada yang pandai sikit2 berbahasa melayu dan sikit2 bahasa Inggeris..susah2 sgt pakai body langguage * senang :)

 Ni lah Central Market
Suasana kat dalam Central Market
           So aktiviti terakhir untuk hr pertama.. Having dinner atas Cruise sambil pusing2 Sungai Mekong sambil tengok matahari terbenam kat sungai Mekong nih....So silalah layan gambar2 yang sempat diambil dari atas Cruise.






Bersambung to Trip to Cambodia 2.......



           

No comments:

Post a Comment