Thursday, November 28, 2013

Percutian ke Gold Coast Morib Resort

      Salam semua..sj nak share..14 nov 2013 yg lalu sy dan hubby pg bercuti kat Gold Coast Morib Resort....hehe dah 2 minggu baru nak update ek..x dapat nk update awal coz after g morib minggu seterusnye kitorang g cuti2 lg...tp ngan member2 ofis lak..cuti-cuti kat gambang plak..tp nanti kita tulis kat entry yg lain ye...
    K la berbalik semula cuti-cuti kat Gold Coast Morib Resort, overall kami berpuas hati...actually kami datang berdua je..saja je sekali nk sambut anniversary la katakan. Kitorang beli pakej sekali ngan waterpark ngan breakfast...fuhh memang puas hati la makan breakfast kat situ..sedap..oleh kerana kami jenis tak makan berat masa breakfast, so kami ambik kuih-muih, pastri dan telur separuh masak.Memang berbaloi ambik pakej include breakfast, walaupun before g kat situ, kita ade buat research sikit..ada gak yg bg feed back negetive..Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
    Tempat ni sangat2 aman dan damai. Sesuai la utk para novelis ke atau kalau nak rehatkan minda, lari dari kesibukan or nak elak dari stress. Kalau cikgu2 yang nk cr tempat selesa utk tanda kertas periksa pun amatlah sesuai. Bilik ada 3 jenis penthouse, apartment dan studio suite. Kami pilih studio suite, ada private jacuzzi..

Ni lah Studio suite yang kitorang dapat..yang bestnye betul2 mengadap waterpark. Kitorang sampai ke morib ni dlm jam 3 petang..rehat2 kejap then jalan2 kat pantai morib..nak isi perut..kebetulan masa tu ade Dakwah show..byk la artis buat persembahan dan byk gak gerai dibuka..Kat sekitar morib ni ade kilang2 IKS kerepek/keropok..so leh singgah beli ape2 yg patut :)


Private jacuzzi dalam suite kami...x puas berendam kat waterpark, boleh la berendam
sampai lebam kat jacuzzi ni..hehe




Ni lah pemandangan dari suite kitorang...duduk lepak2 sambil minum coffee sambil hilangkan penat badan lepas seharian dlm keta.





Kata nak tengok sunset kan so kitorang pun jalan2 la kat sekitar resort ni..cantik pemadangan.
kat sini ade tawarkan ATV so sesapa yg berminat tu leh la bw ATV .



Ni la serba ringkas breakfast kami, ade banyak gak makan berat tapi kami pilih kuih-muih dan pastri je..memang sedap..

Pada hari kedua kat sana, after breakfast, Rehat2 kejap.... then baru lah kami g mandi-manda kat waterpark. Kalau bawa anak memang happening. Water team park kat sini tak lah sebesar dan extrem macam kat sunway or gambang..very simple tp ok la utk release tension or nak rehat2 kan badan :)



Dah mandi-manda balik bilik, mandi, berkemas dan rehat kejap...tepat kul 1 petang kitorang pun check out..kitorang check out hr jumaat, masa turun ke lobi punya laa ramai org tengah beratur kat kaunter nak check in huhu..almaklumlah cuti sekolah dah start. So bermula lah perjalanan balik, sempat kat singgah beli kerepek, buah tangan utk keluarga :)

2 comments:

  1. jealousnya!!
    tiap-tiap kali nak ke sini mesti bilik penuh.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) kami pn booking awal br dpt..mmg rmi org..lagi2 musim cuti..klu x silap kitorang booking dlm 4 bln sebelum g sini...

      Delete