Wednesday, February 19, 2014

Baking powder VS Baking soda


Perbezaan antara  Baking Powder dan Soda Bikarbonat (baking soda)

Secara kasarnya selain daripada ibu roti (yis), ada 3 lagi bahan yang digunakan sebagai egen penaik adunan/roti/kek/kuih.... iaitu baking powder, soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar).  Ketiga-tiga bahan ini merupakan bahan penaik dari unsur kimia dan digunakan untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih/pastri, agar mampu mengembang hingga menjadi lebih gebu.

* Baking Powder

Merupakan  kombinasi baking soda dan beberapa bahan yang lain dan yang paling penting asid kering.

Bila baking powder dicampurkan dengan adunan yang mempunyai bahan cecair, asid kering dan baking soda akan bertindak balas dan mengeluarkan gas karbon dioxida. Ada beberapa jenis baking powder:-

Single-acting baking powder atau juga dikenali dengan BAKING POWDER ada beberapa jenis asid kering dalam kandungannya.

Tartarate baking powders mengandungi cream of tartar (potassium acid tartarate) dan juga tartaric acid. Ini akan mengeluarkan gas dengan cepat bila ia bertindak balas dengan baking soda bila cecair dimasukkan kedalam adunan, dan adunan tepung mestilah dibakar sebaik ia telah disediakan untuk menghasilkan kek yang sempurna.

Double Acting Baking Powder juga tersedia dipasaran. Tindak balas yang pertama akan mengeluarkan gas bila baking soda bercampur dengan cecair asidik. Tindak balas kedua mengeluarkan gas bila adunan dipanaskan dalam oven. Dari segi bahan penaik tindak balas berlaku dua kali, dan selalu double acting baking powder digunakan untuk membuat kuih pau.


* Soda Bikarbonate

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih tersebut dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.

Bila baking soda bercampur dengan cecair yang mengandungi asid ia akan mengeluarkan gas karbon dioxida (CO2). Contoh jika baking soda dicampurkan dengan cuka ataupun jus lemon ia akan berbuih. Buih tersebut yang mengeluarkan gas karbon dioxida. Begitu juga yang berlaku jika anda menggunakan baking soda dalam resipi. Jika anda perhatikan, resipi yang menggunakan baking soda sebagai bahan penaik selalunya akan ada bahan asidik yang dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas karbon dioxida yang dapat menolong untuk menaikkan adunan kek tersebut.

Bahan asidik yang terdapat didalam resipi contoh seperti, cuka, jus lemon, tairu dll. Bahan asidik ini juga mungkin terlindung seperti dalam madu dan juga gula hangus. Cream of tartar yang selalu kita gunakan untuk membuat Kek Kukus Buah adalah asid kering yang digunakan dalam resipi, ia tidak dapat bertindak balas dengan baking soda melainkan sehingga ada bahan cecair dimasukkan kedalam adunan.

Bila kita membakar menggunakan baking soda, setelah ia bertindak balas, ia akan mengeluarkan gas carbon dioxida dengan cepat. Dan jika adunan kek itu dibiarkan diluar atau jika adunan tepung dipukul terlalu banyak, bahan penaik akan hilang dan akan menghasilkan kek yang mampat. Baking Soda kalau terlebih juga akan memberi rasa yang agak masin dan jika bahan asid tidak cukup untuk bertindak balas dengan baking soda, kek tidak akan naik dengan sempurna dan juga kek akan mempunyai rasa pahit atau seperti ada kandungan sabun didalamnya kerana baking soda ini tidak dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas carbon dioxida.

* Cream of  Tartar

Serbuk tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resepi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

Monday, February 17, 2014

Its all about Coconut

           Petua ni saya dapat dari Ustaz Sharhan Syafie, antara kelebihan sekiranya petua ni diamalkan selalu ialah mampu mengubati penyakit jantung, kencing manis dan juga darah tinggi.. As we all know memang kelapa mempunyai banyak khasiat di samping ia merupakan antara tumbuhan yang tidak diganggu jin dan sering digunakan dalam perubatan islam atau juga dalam perubatan tradisional.

          Bagi sesiapa yang ingin mengamalkan petua ni, ni adalah cara-caranya:

sebiji kelapa muda yg bhinggus (isi lembut)+3btg serai yg dketuk+7biji halba...dpanaskan dan dminum airnya......

amalkan selang sehari..sebanyak 7 biji kelapa perlu dhabiskan dlm masa 14 hari...selamat mncuba....in sya allah

kberkesanan 80% bjaya dengan izin NYA jua.....Alhamdullillah......
Selamat mencuba!!
"

Thursday, February 6, 2014

Trip to Cambodia

            Akhirnya barulah ada masa nak update pasal cuti2 kat Cambodia hari tu..Actually percutian kitorang ni include sekali ke Vietnam, 13/12/13 - 17/12/13...tapi dalam entry ni kita citer2 dulu pengalaman jalan2 kat Cambodia ...kat Cambodia ni kitorang just pergi ke Phnom Phen..memang sengaja tak gi Siem Reap. Sebab cuti kali ni bukanlah makan angin semata-mata..tapi membawa hajat yang besar..ceewahhh..hehehe..
            Sepanjang kitorang ke Phenom Phen, xda banyak tempat yang kitorang sempat lawat..shopping pn x banyak gak..Sebab hajat utama ke Phenom Phen ni nak gi ke perkampungan muslim, kawasan luar bandar. Melawat anak2 yatim yang berada di Sekolah agama separa asrama dan melawat orang2 kampung yang susah (actually rata2 pn blh dikatakan susah). Sepanjang berada di perkampungan muslim ni, mengajar kami betul2 erti bersyukur. Sangat jauh beza dengan kehidupan kita di Malaysia. Hidup mereka serba kekurangan kalau nak dibandingkan dgn kita. Tapi kerana semangat dan ketabahan mereka, walau hidup serba kekurangan, tapi mereka masih mengutamakan pendidikan.
           13/12/13, flight kitorang ke Cambodia menggunakan AirAsia jam 7 pagi. Sesampainya kat Cambodia, kitorang terus je naik bas yang disewa khas yang memuatkan 40 orang. Di sebabkan kekangan masa, so bila sampai je kat Phnom Phen, kitorang terus dibawa ke salah satu destinasi popular di Phnom Phen iaitu Killing Field  @ Choeung Ek Genocidal Centre. Tempat pembunuhan beramai-ramai mangsa kekejaman Regim Pol Pot.



 Tengkorak-tengkorak sebahagian daripada mangsa kekejaman Pol Pot yang dijumpai disimpan di dalam menara ini.

 Sebahagian Mangsa kanak-kanak dan wanita dalam keadaan bogel ditanam di dalam lubang ini.

Pokok di mana mangsa diikat utk dibunuh.


           Dari Killing Field kami dibawa ke Penjara Tuol Sleng. Asalnya penjara ini merupakan sebuah sekolah. Kemudian dirampas oleh kerajaan Pol Pot untuk dijadikan penjara yang menempatkan mangsa-mangsa yang terdiri daripada orang-orang berpendidikan tinggi. Mangsa-mangsa ini akn diseksa sekejam-kejamnya sebelum di hantar ke Killing field untuk dibunuh.

Salah sebuah bangunan sekolah yang dijadikan peenjara untuk menempatkan mangsa-mangsa rejim Pol Pot yg terdikiri drp cendiakawan.

 Mangsa diikat dan diseksa di atas katil ini.
 Kubur antara 7 mangsa terakhir yg dibunuh olh rejim Pol Pot semasa hari Kerajaan Pol Pot dijatuhkan.
 Antara bilik darjah yang dijadikan sel2 kecil untuk menempatkan mangsa tahanan.
 Antara senjata yg digunakan untuk menyeksa mangsa tahanan.
Antara 7 mangsa terakhir yg sempat diselamatkan semasa hari penumpasan Pol Pot.
            Tak tahulah nk gambarkan mcm mana..tapi dari apa yg kami nampak, memang sangat2 menyeksakan hidup di zaman Pol Pot ni..Dari Penjara Tuol Sleng, barulah kami dibawa utk isi perut (lunch). Lunch secara buffet kat Cafe Malaya..makanan bg saya yg x berapa nk memilih ni memang ok..sama je masakan kat cafe ni ngan masakan kita kat Malaysia. Memang blh layan lah :)


 ni lah lunch saya...ada banyak lagi menu yg terhidang..gulai kawah pn ada..
            Bila perut dah kenyang..so apa lg, kitya teruskanlah perjalanan...tempat seterusnya, Check in hotel. Hari pertama kitorang stay kat Pacific Hotel. Pas Check in, kitorang ambk peluang rehat2 kejap, mandi dan solat jamak. Dalam jam 4.30 kitorang meneruskan perjalanan ke Central Market. Kat sini macam-macam ada..dari barang2 dapur, kasut, handbag, baju siap dan kain pasang semua ada. Batu permata pun ada. 
            Bagi pandangan saya, lebih kurang pasar malam kita gak. Tapi ada gak baju yang nampak berkualiti. Dari segi harga pulak xde la murah sangat. Lebih kurang pasar malam kat Malaysia gak. Yang agak menarik kat sini kain songket Kemboja dan batu permata. Yang tu memang dapat murah kat sini asal pandai tawar-menawar. Peniaga-peniaga kat kemboja ni ramah-tamah. Mereka x marah kalau kita cuma nak usha2 jek :) masa kami kat Central Market ni x panjang..dalam 35 minit jek..nak kejar masa lah katakan..nak gi kat Cruise, nak tengok sunset sambil dinner. Oooo before lupa..kat Kemboja ni rata2 jual beli guna dalam matawang USD$ ...Peniaga ada yang pandai sikit2 berbahasa melayu dan sikit2 bahasa Inggeris..susah2 sgt pakai body langguage * senang :)

 Ni lah Central Market
Suasana kat dalam Central Market
           So aktiviti terakhir untuk hr pertama.. Having dinner atas Cruise sambil pusing2 Sungai Mekong sambil tengok matahari terbenam kat sungai Mekong nih....So silalah layan gambar2 yang sempat diambil dari atas Cruise.






Bersambung to Trip to Cambodia 2.......



           

Monday, February 3, 2014

Khasiat Asam Jawa

                

              Secara umumnya kita tahu bahawa asam jawa digunakan dalam masakan. Nama saintifik pokok asam jawa dikenali dengan nama Tamarindus indica. Ia berasal dari savana Afrika. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1000 meter dan kadangkala mencecah 1.5 KM. Asam Jawa memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kita. Asam jawa mengandungi zat besi, vitamin C, potassium dan magnesium  yang baik untuk tubuh manusia. Selain itu, asam jawa juga mengandungi vitamin B iaitu niacin dan thiamin.
               Asam Jawa merupakan antioksida secara semulajadi dengan terdapatnya kandungi fenol. Fenol dapat menjaga kesihatan dinding arteri dan melindungi tubuh dari radikal bebas yang bahaya. ini sekaligus ia mampu memelihara kesihatan jantung manusia. Kandungi fenol dalam asam jawa mampu terselah apabila ia direbus sehingga mendidih.
              Pelbagai manfaat yang terdapat pada asam jawa untuk kesihatan tubuh badan manusia. Antaranya ialah asam jawa dapat merawat masalah bisul yang tumbuh pada tubuh badan manusia, dapat mengatasi masalah senggugut ketika wanita datang bulan, dapat mengatasi masalah tekanan darah rendah, dan ia juga mampu mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam badan manusia.
             Selain daripada itu, asam jawa juga mampu merawat masalah jerawat dan mampu menghilangkan parut jerawat pada wajah. Caranya campurkan asam jawa bersama air, kemudian sapu pada wajah untuk dijadikan mask. Biar sehingga kering dan kemudian bolehlah dibersihkan menggunakan air bersih. Amalkan selalu untuk mendapat kesan yang cepat.
            Amalan meminum jus asam jawa mampu menghasilkan tubuh yang langsing. Selain isi asam jawa, biji asam jawa juga turut mempunyai peranan yang penting untuk manusia. Biji asam jawa digunakan untuk menghilangkan  karang gigi. Biji ini ditumbuk hingga hancur, kemudian menggunakan kapas atau berus gigi, gosok bubuk biji asam jawa tadi pada gigi, amalkan 2 kali sehari untuk mendapat kesan yang baik. Walaupun hasilnya agak lambat sedikit berbanding dengan rawatan di klinik gigi tetapi hasilnya juga memuaskan bagi yang sabar mengamalkannya.