Monday, February 3, 2014

Khasiat Asam Jawa

                

              Secara umumnya kita tahu bahawa asam jawa digunakan dalam masakan. Nama saintifik pokok asam jawa dikenali dengan nama Tamarindus indica. Ia berasal dari savana Afrika. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1000 meter dan kadangkala mencecah 1.5 KM. Asam Jawa memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kita. Asam jawa mengandungi zat besi, vitamin C, potassium dan magnesium  yang baik untuk tubuh manusia. Selain itu, asam jawa juga mengandungi vitamin B iaitu niacin dan thiamin.
               Asam Jawa merupakan antioksida secara semulajadi dengan terdapatnya kandungi fenol. Fenol dapat menjaga kesihatan dinding arteri dan melindungi tubuh dari radikal bebas yang bahaya. ini sekaligus ia mampu memelihara kesihatan jantung manusia. Kandungi fenol dalam asam jawa mampu terselah apabila ia direbus sehingga mendidih.
              Pelbagai manfaat yang terdapat pada asam jawa untuk kesihatan tubuh badan manusia. Antaranya ialah asam jawa dapat merawat masalah bisul yang tumbuh pada tubuh badan manusia, dapat mengatasi masalah senggugut ketika wanita datang bulan, dapat mengatasi masalah tekanan darah rendah, dan ia juga mampu mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam badan manusia.
             Selain daripada itu, asam jawa juga mampu merawat masalah jerawat dan mampu menghilangkan parut jerawat pada wajah. Caranya campurkan asam jawa bersama air, kemudian sapu pada wajah untuk dijadikan mask. Biar sehingga kering dan kemudian bolehlah dibersihkan menggunakan air bersih. Amalkan selalu untuk mendapat kesan yang cepat.
            Amalan meminum jus asam jawa mampu menghasilkan tubuh yang langsing. Selain isi asam jawa, biji asam jawa juga turut mempunyai peranan yang penting untuk manusia. Biji asam jawa digunakan untuk menghilangkan  karang gigi. Biji ini ditumbuk hingga hancur, kemudian menggunakan kapas atau berus gigi, gosok bubuk biji asam jawa tadi pada gigi, amalkan 2 kali sehari untuk mendapat kesan yang baik. Walaupun hasilnya agak lambat sedikit berbanding dengan rawatan di klinik gigi tetapi hasilnya juga memuaskan bagi yang sabar mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment