Saturday, December 31, 2022

Merentasi Keningau-Sook-Nabawan-Kalabakan-Tawau

      Waaaaaaaa dah lama gilerrr tak menjenguk kat blog ni.... Dah lama gilerr nampaknya tak 
update, tak share percutian kami  😁. Almaklumlah makin hari makin double triple busy, umur semakin meningkat makanya kerajinan nak menulis pun semakin nipis πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†and semenjak negara kita (satu dunia kot) dilanda ujian berat dari Tuhan iaitu penularan virus covid 19 maka banyak la aktiviti tersekat.... Dekat 3 tahun kot kita PKP, huhuhuhu....harap-harap tak berulanglah kejadian seperti ni lagi, semoga penularan virus ni dapat dihentikan...kita pun kena sama-sama berwaspada kena active jaga kebersihan dan kesihatan diri, persekitaran dan dari segi handling makanan tu kena peka bab-bab kebersihan...
     K lah panjang lebar pulak ye mukadimah πŸ˜‰
Selepas dah lama giler tak dapat bercuti ni, my husband suggest kitorang untuk explore Tawau pulak. Yihuuuu bkn main excited lerr i olls... oppss actually bulan sebelum bercuti-cuti ke Tawau ni kitorang ada bercuti ke Semporna... so Tawau bukanlah percutian pertama kami after perintah kawalan pergerakan dihentikan di seluruh negara. Semporna yang 1st actually, nanti kalau ada kelapangan dan datang semangat rajin mai kita share kat blog kita ni ye...kot2 lah ade yang teringin nak g jugak, boleh lah cari idea dari pengalaman kami.
              So untuk ke Tawau ni kalau dari semenanjung kita boleh ambik direct flight KL-Tawau,                      option lain boleh ambik flight KL - KK dan drive or naik bas dari KK ke Tawau. Kalau nak                    panjang lebarkan perjalanan lagi nak simpang-siur lagi boleh lah ambik flight ke Sandakan dan              sewa kereta or naik bas ke Tawau 😁😁😁. Kali ni kami pilih untuk drive dari Kota Kinabalu              (KK) ke Tawau melalui jalan Kalabakan. Kami cuti-cuti Tawau ni sempena cuti merdeka So dari            KK kami gerak kul 6 pagi melalui Keningau. Tak  singgah pun kat Keningau, kami pilih untuk                breakfast kat Sook (sebuah daerah kecil)...Sebenarnya kalau rajin survey and study b4 berjalan,              tak  susah pun nak cari kedai makan muslim, lain lah kalau 20 tahun dulu, kalau tempat terpencil            di borneo memang agak sukar tapi tidak di zaman sekarang ni yeπŸ˜‰
    Sesampai di Sook baru jam 7 lebih sikit, 1st stop singgah Petron isi minyak bagi penuh, yang ni penting sangat tau, sebab lepas tu memang susah dah nak jumpa tempat isi minyak. Memandangkan hr tu hr ahad dan masih awal pagi so agak sunyi la kat stesyen minyak. Pas isi minyak kami pun cari tempat breakfast.
 



                      Kat sini lah tempat kami breakfast, nama kedai Restoran Nur Faizah. Dekat area                                      lot kedai baru, belakang ni ada kedai-kedai lama dan pasar Sook.


                                          
yang kiri tu adalah menu yang ada kat kedai tu, siap ada hidangan payau & kijang tu.. yang kanan pulak makanan yang kami order nasi goreng cina + telur mata.. makanan sedap dan portion besar ye....Actually ade je yang dah ready dimasak ade bihun goreng, mee gorang dan nasi goreng kosong, tapi ada lauk yang dah ready yang kita boleh add on kat makanan kita macam ayam goreng, sosej dll


    Habis je makan kami terus pusing-pusing tengok pekan Sook, pekan kecik je tapi sebab masih awal pagi so semua kedai tak buka lagi, pasar pun sunyi.





Ni la suasana pekan Sook, kedai-kedai asal / kedai-kedai lama semua masih daripada kayu. Just lot kedai baru masa ni baru sebuah tu je yang tempat kami breakfast tu dan ada sebuah lot lagi yang sedang dalam pembinaan.
 

 

Jalanraya menuju ke Nabawan

    Selesai je pusing pekan Sook kami terus meneruskan perjalanan. Pit stop kedua adalah daerah Nabawan. So far jalan yang menghubungkan Sook dan Nabawan elok je. Kiri kanan dengan pemandangan alam yang masih belum dicemari. Kami sempat singgah ke pekan Nabawan, saja nak tengok suasana. Masa kami sampai ke pekannya keadaan agak sibuk, pasar pun dah buka. 

   
Pintu gerbang ke pekan Nabawan
Jalan menuju ke pekan Nabawan
ke pekan Nabawan
Tamu di pekan Nabawan

Suasana pekan Nabawan

Suasana pekan Nabawan

Suasana pekan Nabawan

Suasana pekan Nabawan

Suasana pekan Nabawan


Suasana pekan Nabawan


Suasana pekan Nabawan


Suasana pekan Nabawan


Suasana di Daerah Nabawan, sebelah bangunan ni ada kedai tepi jalan yang menjual minyak subsidi dalam botol tapi sentiasa kehabisan stok

jalan dari Daerah Nabawan ke Sepulut

jalan dari Daerah Nabawan ke Sepulut

    Sepanjang perjalanan kami dari Kota Kinabalu Ke Tawau sebenarnya cuaca kurang cantik, langit agak mendung dan menggelap dan sesetengah kawasan hujan rintis. Jalan besar dari Nabawan ke Sepulut juga agak okay, ada lah juga tampal sana sini tapi still okay, sepanjang kiri kanan jalan di Nabawan kita boleh menyaksikan beberapa buah kampung yang nampak tenang dan cantik.
    Semakin jauh perjalanan menyusuri daerah Nabawan dan semakin menuju ke arah daerah Sepulut, dan apabila memasuki daerah Sepulut kat situ la cabarannya, jalanraya agak mencabar, ada part yang memang sangat mencabar, gravel sepanjang jalan, lubang sana sini, ada lubang yang memang besar ye, jalan pulak sunyi, kiri kanan hutan rimba, tapi sesekali ada lori dan kereta-kereta besar (4 wheel) di jalanan. Kami just guna kereta produa myvi..so tersangatlah mencabar. Begegar sepanjang perjalanan jangan cakap la, kereta pun menghasilkan macam-macam bunyi. Nasib kereta tak mogok.

 

Suasana perjalanan di sepanjang Daerah Sepulut

Suasana perjalanan di sepanjang Daerah Sepulut

Suasana perjalanan di sepanjang Daerah Sepulut

Suasana perjalanan di sepanjang Daerah Sepulut

Suasana perjalanan di sepanjang Daerah Sepulut

Sepanjang perjalanan di daerah Sepulut ni pada awalnya kondisi jalanraya on off ada part elok ada part rosak. Tetapi semakin jauh menyusuri perjalanan jalanraya bertukar menjadi sangat-sangat teruk / jalan tanpa turap.

 

Jalan semakin teruk

menyusuri daerah Sepulut, kiri kanan hanya hutan, tidak kelihatan perkampunagan

keadaan jalan yang teruk

 

Akhirnya kelihatan sebuah perkampungan yang kecil sahaja di tengah hutan, terletak di tepi jalan Sepulut-Kalabakan.

 

 

Ni beberapa video saya ambik sepanjang perjalanan di daerah Sepulut, and parts yang lebih teruk saya tak dapat ambik sebab saya dah rasa mual mabuk dan pening sepanjang jalan 😁

 

    Actually sepanjang perjalanan dari Sepulut ke Kalabakan, kiri kanan hanya kelihatan hutan rimba. Hanya sesekali akan terserempak dengan perkampungan terpencil. Dan sesekali akan terserempak dengan kedai makan. Bolehlah dijadikan pit stop untuk berehat meluruskan badan atau tumpang toilet dan untuk merehatkan kenderaan. Kami tidak berhenti rehat kerana sudah berehat di Sook dan berhenti sekejap di Nabawan. Lagi pula memang kami aim untuk berehat sekejap di area Maliau Basin.
     Sebelum sampai ke Maliau Basin, keadaan jalanraya ada yang elok cantik berturap dan ada yang berlubang dan pecah. Area Maliau Basin ni kalau bernasib baik boleh nampak sekawanan gajah, tapi perlu berhati-hati ada kes gajah-gajah ni mengamuk. Masa kami lalu kawasan tu, takde kelihatan gajah tapi kesan najis-najis gajah yang masih fresh atas jalanraya menunjukkan yang mereka baru sahaja melintasi jalan tersebut.

Akhirnya kami tiba di Maliau Basin


     Setibanya di Malau Basin, kami terus park kereta di hadapan pintu pagar utama untuk merehatkan kereta dan meluruskan badan yang dan lenguh ni. Kawasan depan pagar tu sangat luas sesuai untuk tumpang rehat kejap. Kami keluarkan segala bekalan kami untuk alas perut. Peringatan untuk para sahabat dan diri-sendiri juga, segala sampah yang kita bawa dan sisa-sisa makanan tolanglah jangan buang merata. Kemas dan bungkus elok-elok, bawa semula bersama kita macam mana kita bawa datang, nanti dah juga tong sampah bolehlah dibuang. Tak perlulah ada budaya nampak orang buang merata kita pun nak join jadi pengotor juga πŸ‘€ 

        Yang malangnya, baru rehat kejap hujan pun membasahi bumi πŸ˜“, takpe lah hujan rahmat. Tak sempat kami nak explore kawasan sekitar Maliau Basin, kami just tumpang rehat dalam kereta je sambil makan bekalan kami. Actually kita boleh masuk ke dalam (ada sedikit charge dikenakan, boleh tengok kat pondok pak guard tu) explore kawasan dalam tu, ada juga disediakan hostel/chalete untuk kita bermalam.  After  30 minit berehat kami pun gerak ke Kalabakan. Masuk pekan Kalabakan, pekan dia tidak seperti pekan di tempat lain yang kita biasa tengok, suasana dia just seperti sebuah kampung yang ada kedai-kedai kecil, sama macam suasana semasa kami bercuti di luar kota di Bandung dan Jakarta. Actually Kalabakan ni pun memang dah sempadan dengan Indonesia. Jalan lurus dari pekan Kalabakan tu dah jumpa sempadan ke Indonesia. Kami berhenti sekejap di Masjid Kalabakan untuk tumpang solat.


Pintu gerbang masuk ke pekan Kalabakan

suasana pekan Kalabakan, banyak kedai tutup masa ni

suasana pekan Kalabakan, banyak kedai tutup masa ni

suasana pekan Kalabakan, banyak kedai tutup masa ni

suasana pekan kalabakan

suasana pekan Kalabakan, banyak kedai tutup masa ni

suasana pekan Kalabakan, banyak kedai tutup masa ni

Singgah Masjid Daerah Kalabakan untuk buat jamak qasar

Singgah Masjid Daerah Kalabakan untuk buat jamak qasar

Salah sebuah kedai makan di pekan Kalabakan

      Kami singgah untuk minum kat Putera Aliff cafe di pekan Kalabakn sebelum keluar dari Pekan untuk meneruskan perjalanan ke Tawau. But actuallu kedai ni mahal patut tak ramai oranag singgah. Sebelum masuk ke pekan ni tadi, ada round about yang sangat besar, tepi jalan tu ada sangat banyak gerai makan, kat situ maybe murah sikit sebab kat situ ramai yang singgah makan dan beli kuih-muih. Macam kitorang sengaja singgah yang kat dalam pekan ni untuk merasa suasana dalam pekan ni, saja sebagai kenangan. Selepas minum kami terus je gerak ke Tawau. 
       Jalanraya Kalabakan ni memang teruk rosaknya. So pastikan kereta anda dalam keadaan baik, tayar kereta tu pastikan elok ye, kalau tak nanti tersadai tepi jalan. Yang paling sesuai guna kereta 4wheel lah.

                                                                     Kalabakan
 

                                                                        Kalabakan

 

                                                                     Kalabakan


      At last kami tiba di bandar Tawau dalam pukul 4.30 petang... perjalanan yang sangat memenatkan 😌 dan sangat menguji kereta terutama kereta kecik macam kami ni huhuhu..... dengan cuaca yang on off kejap-kejap hujan tapi syukur lah bukan hujan yang terlalu lebat. Setibanya kami di bandar Tawau kami terus ke hotel yang kami tempahan melalui telefon iaitu T Hotel. Hotel ni terletak di tengah-tengah bandar Tawau. Signboard agak tersorok sebab signboard agak kecik so kena tengok betul-betul. Terletak di lot kedai tingkat satu..tingkat bawah tu ada kedai makan mamak Nafeesa Beriani House dan hotel ni terletak berseberang dengan Milimewa supermarket.
      ok untuk review hotel pulak, T hotel ni saiz biliknya just nice, tak kecik sangat dan tak lah besar sesuai la untuk 2 orang. Harga budget la katakan (under rm70/night). Tiada parking khas disediakan untuk tetamu hotel, kena park kereta di sepanjang lot kedai dan perlu sediakan kupon parking. Untuk dapatkan parking diwaktu puncak memang susah sikit sebab area kawasan supermarket, area sesak... tapi selepas office hour so mudah sikitlah dapat parking. Kedudukan kedai di kelilingi tempat makan so senang lah nak cari tempat makan dengan jalan kaki je. Kebersihan bilik agak poor masa kami datang tu, bilik berpasir, cadar kurang bersih dan toilet kotor, banyak rambut, pihak pengurusan patutnya tingkatkan tahap kebersihan walaupun ia bertaraf budget hotel. Untuk budget hotel ni tiada cerek disediakan dalam bilik tapi ada air mineral disediakan di hadapan kaunter pendaftaran so bolehlah ambik air kat situ.

Suasana bilik kami

                                             




      Selepas check in, terus hantar beg ke bilik, rehat kejap, kami tunggu keadaan jalan reda sikit untuk keluar semula gi cari makan .... So untuk dinner hari pertama kami kat Tawau, kami pilih restauran seafood Sri Titingan, restauran seafood muslim, tak silap dia ada 2 cawangan, kami try yang kat jalan St. Patrick. Harga makanan seafood kat kedai ni serius agak murah just portion nasi agak sikitlah. Kedai besih, pekerja semua ramah dan bersopan. Kami pilih untuk order ikan kerapu 3 rasa, sotong goreng tepung dan sayur campur sos tiram. Actually portion sayur agak sikit compare dengan harganya. Tapi sebenarnya memang kebanyakkan restauran di Sabah menjual hidangan sayur dengan harga yang agak tinggi. Ikan masak 3 rasa tu ada kelainan sikit rasanya bukan style ala thai. tapi ok la. Space kedai pun luas sesuai untuk gathering. After having dinner kat Sri Titingan, on the way balik hotel tu kami nampak ada pasar malam dan sangat ramai orang, so kami pun singgah sekejap untuk melihat suasana. Pasar malam ni tak silap saya di kawasan Jalan Habib Syeikh dan sekitarnya.






    Selepas merayau-rayau kat area pasar malam tu, kami terus balik hotel. So berakhir hari pertama kami bercuti kat Tawau. Next entry nanti insyaallah saya akan sambung untuk hari kedua dan seterusnya πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰