Tuesday, January 14, 2014

MIMI ASEEMA COLLECTION: Percutian ke Gold Coast Morib Resort

MIMI ASEEMA COLLECTION: Percutian ke Gold Coast Morib Resort:       Salam semua..sj nak share..14 nov 2013 yg lalu sy dan hubby pg bercuti kat Gold Coast Morib Resort....hehe dah 2 minggu baru nak updat...

Friday, January 3, 2014

Khasiat air kelapa

           Tahukah anda kelapa atau nama saintifiknya Cocos Nucifera  antara tumbuhan yang tidak diganggu oleh jin...khasiatnya yang tinggi juga membuatkan kelapa seringkali diguna untuk tujuan perubatan. Kelapa merupakan anugerah dari tuhan kepada manusia yang sangat berharga kerana ia sangat menyegarkan dan berkhasiat untuk tubuh badan serta meremajakan badan dan kulit dari luar dan dalam.
 
 
             Dulu-dulu seringkali air kelapa muda dikaitkan dengan "lemah lutut" atau "kelesuan" selepas meminumnya. Namun beberapa kajian telah dibuat dan hasilnya menunjukkan air kelapa mampu menjadi isotonik kepada ahli-ahli sukan berbanding dangan air mineral. Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat.
              Air kelapa baik yang muda mahupun yang tua dapat membaiki circulation darah dan dapat membersihkan saluran pencernaan. Air kelapa tidak hanya mampu mengebalkan sistem pertahanan badan tetapi dapat membantu tubuh melawan beberapa jenis virus yang membawa kepada penyakit, dapat membantu menyembuh gangguan pada saluran kencing, dapat membantu masalah ginjal, berfungsi dalam menyeimbangkan tekanan darah dan masalah jantung kerana kandungan potassium yang tinggi.
 
 

 
                     Lagi kelebihan yang terdapat dalam air kelapa:
 
Agen anti-penuaan Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yang mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit.                  
 


Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.

Hidrat dan meremajakan badan anda
Air kelapa mengandungi 94% air dan sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak dan rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim dan asid amino.

Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat.

Menyingkirkan toksin daripada badan
Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin dan mengurangkan keletihan.

Kaya dengan sumber vitamin dan nutrien
Air kelapa adalah sumber yang sangat baik dan semula jadi vitamin dan nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin C dan Vitamin B.

Bermanfaat untuk otot dan sistem saraf
Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot dan membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda.

Bagus untuk kulit
Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik dan krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.

                        Teknik-teknik perubatan yang boleh diamalkan:

Tanda-tanda keracunan
muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji. 

H1N1 dan selesema burung
Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma

keracunan cendawan
air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Demam campak, demam kuning dan demam panas
Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis. 

Buang racun
Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah. 

Ibu mengandung
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir 
Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut. 
 
Perubatan Sihir

1. Santau - diberi minum air kelapa muda sebiji dengan dicampur dengan madu. Diruqyah air kelapa kemudian tepuk pesakit dengan ayat tepuk sebagaimana dalam buku Ruqyah Asas 17 Mustaqim.

2. Ilmu Pengasih/Nasi Kangkang - Air kelapa ialah penawar ilmu pengasih yang mujarab. Diberi minum air kelapa muda sebiji sebanyak 3 kali sehari, jika ada simptom seperti panas badan, elok juga mandi dengan air kelapa tua. Baca selawat syifa, al-fatihah dan 3 qul sebelum minum.

3. Saka - Saka yang menyebabkan pemiliknya sakit terlantar, ubatnya air kelapa. Dimandi dengan air kelapa tua. Diruqyah dengan al-fatihah dan selawat tafrijiah dan di minum air kelapa muda yang dipanggang.

4. Sihir gatal - Air kelapa dicampur dengan seinci kunyit, sireh (ditumbuk) dan secalit kapur makan. Disapu ke badan yang gatal. Cara untuk minum pula, rebus secekak sireh dan sejukkan. Apabila sejuk tambahkan dengan air kelapa muda, minum 3x sehari selama seminggu atau hingga sembuh. Bacaan ruqyah untuk ditiup pada air kelapa tadi ialah selawat syifa 3x, al-fatihah 7x dan An-Nas 7x

Batuk Kering, Kencing Manis, Kecacingan dan gastrik
Air kelapa yang ditambah madu, Diminum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain. dan diminum ketika hendak tidur,

Bagi pesakit kolera
Campuran jus jeruk nipis dan air kelapa cukup perkesan untuk penyembuhan. 

Stress/maigrain
Mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.

Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

Jika Terminum Racun atau disengat ular
Minum air kelapa sebanyak yang boleh diselang seli dengan air zam-zam.

Senggugut
Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.

Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

Batu Karang
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

Demam campak
Segera beri minum air kelapa yang muda.

Pantang
Bagi yang memiliki gangguan pada tulang, disarankan tidak mengambil air kelapa secara berlebihan.