Cara pemakanan yang terbaik

  • Waaa...pejam celik pejam celik dah penghujung  Oktober 2013...sangat cepat masa berlalu...sepanjang tahun ni, sangat ramai org2 yg dikenali telah kembali menemui Ilahi...Dan baru2 ni saya dikhabarkan seorang lagi kenalan sy telah pn kembali menemui NYA...Saya diberitahu beliau mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung...Rasa risau la pulak bila dengar ramai rakan2 kita menderita menanggung penyakit yg realitinya berpunca dr gaya hidup dan pemakanan.
               Dalam hidup, sebagai hambanya memang penting bagi kita untuk berusaha menjaga kesihatan kita sebaik mungkin..selain menjalani medical check up di klinik may be 2 atau 3 kali setahun, kita juga boleh mengamalkan pemakanan yang sihat. Bagi saya pemakanan yang sihat ni dapat dipelajari daripada mengikut sunnah Rasulullah (cara pemakanan Rasulullah).
              Kata org sharing is caring :) ..... so saya nak share serba sedikit tips or gaya pemakanan Rasulullah yg sy tahu..

Antara asas dalam tatacara pemakanan Rasulullah ialah :
  • Rasulullah tidak meminum susu ketika baginda memakan daging
  • Rasulullah tidak meminum susu ketika baginda memakan ikan
  • Rasulullah tidak meminum susu ketika baginda memakan ayam
  • Rasulullah tidak memakan buah bersama dengan susu, namun para saintis menemui khasiat dengan pengambilan susu bersama jus buah "berkultur" yg mampu merawat ketidakselesaan dan ketidak hadaman perut. walaubagaimanapun perlulah menggunakan jus buah yang kurang kemasamannya. Kerana sifat masam itu mampu menghakis dinding perut.
  • Rasulullah tidak memakan buah selepas baginda mengambil makanan berat (gandum, nasi)
  • Sebaliknya baginda memakan buah sebelum memakan makanan berat.
  • Baginda mengamalkan meminum air dengan banyak dengan meneguk pelahan-lahan. Tetapi tidak meminum air sejurus selepas makan, sebaliknya meminum air sebelum makan dan setengah jam selepas makan.
  • Rasulullah juga menyarankan agar memakan secuil garam sebelum memakan makanan berat dan selepas memakan makanan berat yang diambil dengan jari manis tangan kanan. Ini mampu mengelakkan dijangkiti oleh lebih daripada 70 jenis penyakit. 
  • Baginda menyarankan agar manusia mengamalkan meminum air masak yang dicampurkan dengan madu pada setiap pagi sebelum menjamah makanan lain. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
  • Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
  • Rasulullah tidak memakan daging bersama ikan
  • Rasulullah tidak memakan ikan bersama ayam
  • Rasulullah tidak memakan ikan bersama telur
  • Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar dan tapai kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
  • Rasulullah tidak memakan ikan ketika baginda mengambil daun salad
  • Rasulullah melarang daripada mengambil susu bersama dengan cuka
  • Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar .
p/s 
Baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.


             So apa lagi, jom lah kita sama2 mengamalkan cara pemakanan Rasulullah ni..semoga kita sama2 mendapat manfaat dari nya..menjaga kesihatan tu sangat penting, dengan badan yang sihat maka mudah-mudahan kita mampu neribadah dengan sempurna



No comments:

Post a Comment