Monday, March 3, 2014

Trip to Cambodia 2

             Huhu lama sgt nk ambk ms utk update entry cuti2 cambodia ni...untuk hr pertama percutian, sila klik di sini http://mimiaseemacollection.blogspot.com/2014/02/trip-to-cambodia.html


Day 2:
        Seawal jam 6.45 pagi kami dah bergumpul kat lobi hotel..siap bawa beg sekali. sebab kitorang akan tukar hotel. Bukan sebab hotel pacifik ni tak best tp sebab dah fully booked untuk hr tu..huhu..
Lepas siap2 breakfast kat cafe hotel..so kitorang pun memulakan perjalanan. Hari ni kitorang akan gerak ke Kampung Chnang..ambik masa dalam 3-4jam perjalanan dari Pnom Phen..
         On the way ke Kampung Chnang, kitorang sempat singgah sekejap kat dataran Phnom Phen..Just nak tgk view sunrise..sambil2 capture gambar depan istana raja Cambodia. So selain daripada ambik gambar plus tgk sunrise, boleh gak bagi makan kat burung2 merpati yg ada kat situ..memang banyak..boleh beli makanan burung daripada budak2 kecik yang jual makanan burung kat situ..dalam $1 setiap bungkus. Then kalau nak ambik gambar ramai2 boleh lah deal ngan juru gambar yg memang ada kat situ. Mereka ni memang aim tourist..ni antara sumber rezeki penduduk situ. Before suruh mereka ambk gambar tu, deal dulu harga ngan mereka. Takut ada yg cekik darah. So far pengalaman kitorang everything berjalan dgn lancar. Kualiti gambar pun ok.. tak menghampakan :)
         So apa lg layan kan jer lah gambar2 kitorang ni...



Ni lah suasana pemandangan di hadapan istana raja Cambodia

Boleh beli makanan burung daripada budak2 combodia ni

Istana Maharaja Cambodia 






                                            Ni la tempat fotografer dorang cuci gambar

Kebanyakan kuih2 yang dorang ni jual sama je ngan kuih2 yang terdapat di kelantan..tapi dinasihatkan xyah la beli sebab mereka ni bukan beragama islam, ditakuti cara2 handle menjadikan makanan tu x berapa nak halal toiyiban :)


Ketibaan kitorang kat sekolah agama Pondok Kampung Chnang disambut oleh pelajar lelaki

Ni lah suasana daif bilik darjah juga merangkap kediaman pelajar wanita.Keadaan dalam bangunan ni sangat2 panas..Xde kipas

                                                  Sesi Qurban yang kitorang jalankan

                             Sesi beramah mesra dgn pelajar2 wanita sekolah pondok tersebut

                                                        Suasana kediaman pelajar lelaki

Selepas sesi beramah mesra dan menyampaikan sedikit bantuan di sekolah agama pondok tersebut, kitorang dijemput makan di rumah ketua kampung selaku imam di kampung Chnang. Tu yang kat tengah2 tu sup  lembu yang di Qurban td..

                            Suasana rumah Ketua Kampung selaku Imam di Kampung Chnang.


Dah Lunch, solat zohor jamak ngan asar sekali pn dah then sesi menggumpul anak2 orang miskin di sekitar kampung tersebut. Sesi menyampaikan sedikit sumbangan (makanan, sedikit duit dan pakaian).

                                                Suasana kampung islam di Cambodia.

                                                                        Masjid

Pulang je dari Kampung Chnang, On the Way balik hotel, kitorang sempat singgah ke salah sebuah kedai batu permata. Ni la rupa batu permata yang belum di proses.


                                             Check in kat hotel baru lak, New York Hotel.

                                    Suasana Kat dalam bilik Hotel New York..memang selesa..


                                       Permandangan bandar Phnom Phen dari bilik hotel kami


              Hari ke-3, pagi sebelum berangkat ke Vietnam kitorang breakfast kat Wau cafe.


Permandangan di kawasan luar bandar Phnom Phen.. on the way menuju ke Sempadan Cambodia-Vietnam. Actually before sampai ke kawasan ni, kitorang kena menaiki feri untuk seberang sungai.


                                                 Dah sampai dah kat area sempadan


So, dah nak masuk Vietnam. Before ke pejabat Imigresen untuk cop paspot, kitorang stop untuk lunch kat restauran betul2 ngan signbord ni.. makanan kitorang dah siap2 bungkus kat restauran Halijah. Kitorang cuma tumpang makan je kat restauran dpn signbord ni..sebab on the way ke sempadan ni dah xde tempat makan halal..

Beberapa tip yang nak dikongsikan sepanjang percutian di Cambodia:
1) kat cambodia, urusan jual beli lebih menggunakan matawang US dollar. So dinasihatkan buat pertukaran secukupnya kat Malaysia. Agak rugi sedikit kalau tukar kat Cambodia.
2) Peniaga2 kat Cambodia memang ramah so xpe kalau nak tengok2 dl, tawar-menawar dl sebelum beli.
3) bab makan kena betul2 hati2, mereka ni still x berapa faham mengenai makanan halal, sebaiknya jangan terlalu ghairah dgn tawaran makanan yg terjual.
4) kalau nak beli buah-buahan pn pastikan kita tawar harga sepatutnya, sebab peniaga ni akan naikkan harga tinggi dari yg sepatutnya.
5) Di kebanyakkan hotel di Cambodia buat ms ni, tidak menyediakan cerek elektrik. so blh lah bw or beli yang senang diangkut ke mana-mana. Rasanya gelas yg tersedia di bilik hotel tu tak yah la pakai..better bw sendiri.
6) kalau naik transport awam better deal hrga terlebih dahulu, takut ditipu nanti. kalau pergi ke sana secara Backpacker blh guna perkhidmatan pengangkutan yg ditawarkan oleh pihak hotel untuk elak ditipu.
7) jangan ghairah sangat dengan harga permata yg murah kat pasar2 tu, sebab kebanyakkan nya tiruan.Tapi kalau x kisah beli yg tiruan its ok ler  :)
8) bawa kompas untuk memudahkan melihat arah kiblat

No comments:

Post a Comment